• Konglomerat Korea Selatan pilih Malaysia - PM

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Konglomerat terkemuka Korea Selatan, SK Group, bakal menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Malaysia dalam usaha membantu Malaysia melaksanakan inisiatif lautan birunya.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, ibu pejabat serantau itu akan turut menjadi pejabat untuk ASEAN, India dan Asia Barat buat SK Group, yang tersenarai dalam Fortune 100 dan syarikat kedua terbesar di Korea Selatan dari segi pasaran permodalan.

    Katanya, Malaysia juga bakal menjadi pusat pengembangan perniagaan SK Group di rantau ini, sekali gus menunjukkan keyakinan tinggi kumpulan itu kepada negara.

    "SK Group akan membantu membangunkan bakat berkemahiran tinggi tempatan dengan melatih dan membentuk pemimpin perniagaan masa depan Malaysia," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan SK Group serta Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Konglomerat Korea Selatan pilih Malaysia - PM "