• KM Peruntukan RM7 Juta Untuk Sekolah Persendirian Aliran Cina Di Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Sebanyak RM1 juta sebagai peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri menjadikan seluruh peruntukan adalah RM7 juta untuk sekolah persendirian aliran Cina di Sarawak bagi tahun ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurut Abang Johari, pendidikan merupakan perkara penting dan paling dekat di hati rakan kaum.

    “Saya tahu, pendidikan merupakan perkara penting dan paling dekat di hati rakan kaum Cina kita dan selama ini kerajaan negeri terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina ini di mana pada tahun lepas sejumlah RM6 juta telah disumbangkan.

    “Pada tahun ini saya menambah RM1 juta lagi peruntukan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan untuk 2018 adalah RM7 juta,” katanya.

    Katanya, beliau amat menghargai sumbangan komuniti itu yang turut memberi idea, sokongan dan sebagainya kepada kerajaan.

    “Ini sekali gus membantu kita mewujudkan dasar baharu kepada semua rakyat kita termasuk kaum Cina.

    “Saya amat berterima kasih atas sokongan dan idea anda kepada kerajaan,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " KM Peruntukan RM7 Juta Untuk Sekolah Persendirian Aliran Cina Di Sarawak "