• Khidmat Khatan Alam Maya

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+


    Proses berkhatan adalah sesuatu yang perlu dilalui hampir semua insan Muslim di Malaysia. Bagi kanak-kanak lelaki, prosedur berkhatan di lalui ketika berusia di antara 9 hingga 12 tahun.

    Secara peribadi proses ini akan menakutkan kerana mereka dapat melihat sendiri kemaluan dipotong dan dijahit.

    Di Rumah Sunatan yang terletak di Bekasi Indonesia, ketakutan proses berkhatan dikurangkan dengan memakai peranti realiti maya. Pesakit memakai peranti realiti maya ketika prosedur dilakukan.

    Mereka boleh menyelam di dasar laut atau meneroka angkasa lepas secara maya tanpa perlu melihat apa yang berlaku di dunia sebenar.

    Ini mungkin penggunaan realiti maya paling kreatif pernah dilihat setakat ini.

    -- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Khidmat Khatan Alam Maya "