• Ketuhar Pelebur Di Kilang Besi Terbakar

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Operasi sebuah kilang besi terpaksa dihentikan selepas ketuhar pelebur besi terbakar awal pagi ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi tadi sebuah ketuhar bagi melebur besi di kilang Jalan Demak Laut di sini mengalami kebakaran menyebabkan operasi kilang terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kebakaran dipercayai berlaku disebabkan tumpahan cecair dalam ketuhar melimpah keluar terkena tangki compressor.

    Menurutnya, kebakaran tesebut tidak melibatkan struktur bangunan.

    “Pihak Bomba bertindak membuat semburan kabus kepada tumpahan cecair tersebut untuk menyejukkan kebakaran,” katanya.

    Kebakaran berjaya dipadamkan dan tiada melibatkan kemalangan jiwa. – Sarawakiana

  • No Comment to " Ketuhar Pelebur Di Kilang Besi Terbakar "