• Kes pesakit rabies selamat jarang berlaku - Subramaniam

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+

    SERIAN - Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam menyifatkan mangsa keenam wabak rabies, Alfonda Michael, 8, yang masih lagi hidup merupakan kes yang jarang berlaku.

    Menurutnya, selepas lima bulan, kanak-kanak malang itu masih meneruskan survival, namun mengalami kecacatan otak akibat penyakit anjing gila tersebut.

    "Ini kes yang jarang berlaku kerana enam daripada tujuh mangsa yang positif rabies sudah meninggal dunia.

    "Bagaimanapun, mangsa kini bergantung sepenuhnya dengan bantuan mesin sokongan dan dijaga baik oleh keluarganya sendiri," katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa itu di Kampung Bayur di sini hari ini.

    Alfonda menjadi mangsa keenam selepas disahkan positif rabies pada 8 Ogos tahun lalu. - K! ONLINE
  • No Comment to " Kes pesakit rabies selamat jarang berlaku - Subramaniam "