• Kes Farid: Taj Innuendo, Firdaus Diminta Serah Diri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    Siasatan polis terhadap dua lagi selebriti yang terlibat dengan dakwaan memasukkan dadah ke dalam minuman pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini diteruskan apabila mereka sudah dikenal pasti.

    Mereka merupakan ahli kumpulan R&B Innuendo iaitu Ahmad Tajuddin atau Taj serta seorang lagi selebriti dikenali sebagai Firdaus.

    Menurut portal mStar Online, pihak polis telah memberikan tempoh sehingga esok supaya kedua-dua individu berkenaan tampil untuk membantu siasatan.

    “Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu.

    “Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

    Semalam, pelakon Sofi Jikan telah menyerah diri bagi membantu siasatan pihak polis apabila namanya juga telah dikaitkan dengan kes itu sekaligus dia turut didapati positif dadah jenis ganja.

    Sofi juga telah ditahan reman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang akan menyebabkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimun sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali serta perintah pengawasan selama tiga tahun.

    Dalam masa yang sama, pelakon filem KL Gangster itu juga akan ditahan reman sehingga esok.

    “Polis akan menyiarkan gambar mereka sekiranya masih tidak memberi kerjasama hadir membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri Selangor.

    Bagaimanapun, pihak polis turut telah menghubungi kedua-dua selebriti itu namun sehingga kini, mereka masih belum tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

    Jika kedua-dua individu yang masing-masing berusia 40-an itu telah menyerah diri di pejabat polis, ujian air kencing akan dijalankan terhadap mereka sama seperti yang dilakukan terhadap Sofi tempoh hari. – MYNEWSHUB.CC/AH

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Farid: Taj Innuendo, Firdaus Diminta Serah Diri "