• Kes 9 Askar Rogol Remaja: Mangsa Hamil

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Remaja yang dikatakan dirogol sembilan anggota tentera disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

    Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa mangsa selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini.

    “Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu.

    “Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.

    "Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.

    Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

    Kelmarin, media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.

    Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Kes 9 Askar Rogol Remaja: Mangsa Hamil "