• Kerjasama Dengan Negara Luar Untuk Kukuh Ekonomi Bukan Jual Kedaulatan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+
    Foto Sufri Yusof


    KUCHING: Ekonomi Malaysia berada tahap terbaik walaupun pembangkang menuduh kerajaan menjual kedaulatan negara ekoran kerjasama dijalin dengan negara luar.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi ekonomi termasuk mengadaptasi digital.

    Malah menurutnya, Sarawak yang menjadikan ekonomi digital sebagai pendekatan memajukan negeri sepatutnya menjadi contoh.

    “Jangan lihat hubungan baik Malaysia dan negara luar, khususnya China sebagai satu isu mahu menjual kedaulatan negara.

    “Sebaliknya ia suatu usaha ke arah memperkukuhkan hubungan diplomasi dan ekonomi yang mendatangkan banyak manfaat bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, hari ini.

    Najib turut menafikan dakwaan pembangkang yang menyatakan Malaysia bangkrap dan ekonomi tidak stabil.

    “Siapa kata kita bangkrap, ketika ini nilai dagangan ringgit mencecah prestasi membanggakan,” ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kerjasama Dengan Negara Luar Untuk Kukuh Ekonomi Bukan Jual Kedaulatan "