• Kerjasa Strategik Penting Untuk Bantu Golongan Sasar Ketika Perayaan, Bencana

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara berterusan akan sentiasa mengalakkan lebih banyak persatuan, agensi dan badan korporat mengadakan kerjasama strategik sebagai langkah proaktif dalam menyediakan perkhidmatan lebih berimpak besar kepada golongan sasar.

    Ia sekali gus membantu dalam meringankan beban kewangan serta meningkatkan kualiti kehidupan kalangan keluarga yang tidak berkemampuan terutama pada musim perayaan kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya lagi, perkongsian tanggungjawab itu tidak dapat dinafikan, jelas ketara dan cukup mengalakkan, baik pada musim perayaan atau dalam menghadapi bencana.

    “Bagaimanapun, kerjasama strategik tersebut perlu diteruskan pada masa akan datang agar semua lapisan masyarakat dapat bersama merasai nikmat kebajikan.

    “Beruntunglah kita di Sarawak, kerana ada orang yang berhati mulia membantu walaupun dari segi perniagaan agak kurang tetapi mereka tidak lupa untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

    Terdahulu, semalam, seramai 100 penerima bantuan bulanan kebajikan menerima sumbangan berupa angpau RM100 dan hamper bernilai RM300 masing-masing.

    Menerusi majlis itu juga Fatimah percaya ia sekali gus memberi kegembiraan kepada golongan sasar. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerjasa Strategik Penting Untuk Bantu Golongan Sasar Ketika Perayaan, Bencana "