• Kerajaan Tingkatkan Kelajuan Internet Secara Berterusan

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    Beliau berkata bagi perkhidmatan 4G dan 3G, kerajaan tetap memberi fokus kepada pemberian akses untuk rakyat di setiap pelusuk negara.

    "Untuk memastikan pembangunan komunikasi lebih menyeluruh, kerajaan juga memberi subsidi peranti kepada golongan yang dikenal pasti dan akses kepada kemudahan-kemudahan internet untuk komuniti luar bandar melalui 800 Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara," katanya menerusi laman Twitter beliau malam tadi.

    Salleh berkata kesemua inisiatif itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk memberi akses saksama kepada setiap lapisan masyarakat. -- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Tingkatkan Kelajuan Internet Secara Berterusan "