• Kerajaan Telah Peruntukkan Banyak Subsidi Tidak Langsung: PM

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 18 February 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan telah memberi banyak subsidi tidak langsung dan tidak dinyatakan dalam pelbagai bidang yang sebaliknya tidak disedari oleh rakyat.

    Kata Najib lagi, beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

    Namun. sebenarnya kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam berbagai sektor.

    “Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

    “Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan,” kata Najib dalam kenyataan rasminya.

    Najib turut menekankan bahawa kerajaan juga telah memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun,iaitu sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan meskipun kutipan dalam sektor tersebut hanya sebanyak RM600 juta bagi tahun 2018.

    “Maka perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh oleh kerajaan,” jelas Najib lagi.

    Sejak tahun 2012, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah Kerajaan, manakala Kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

    Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885.

    Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

    Bagi sektor perumahan pula, Kerajaan telah menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti PPR, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara RISDA dan banyak lagi.

    Sehubungan itu, Najib menyeru rakyat agar tidak termakan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat dan menegaskan bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Telah Peruntukkan Banyak Subsidi Tidak Langsung: PM "