• Kerajaan Sentiasa Membela Nasib Golongan Memerlukan

    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+


    LAWAS: Kerajaan sentiasa membela nasib golongan yang memerlukan dengan menaikkan nilai bantuan kebajikan.

    Semua pihak terutama golongan berkemampuan perlu memperhebatkan usaha bagi mebantu golongan yang memerlukan kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, masih terdapat golongan memerlukan yang perlu dibantu di daerah ini.

    “Tak kira di bandar ataupun luar bandar, golongan ini perlu dibantu mereka yang berkeupayaan tidak kira daripada jabatan kerajaan mahupun swasta,” katanya.

    Tegasnya, Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga perlu memastikan bantuan yang diberikan diterima mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan.

    “Selain itu, usaha berterusan perlu dijalankan agar golongan ini dapat didaftar untuk menerima bantuan membabitkan ibu tunggal, warga emas, anak yatim dan OKU.

    “Oleh itu, ketua masyarakat dan jabatan kerajaan perlu memberi keutamaan kepada yang benar-benar perlu dibantu,” katanya lagi.

    Sementara itu, beliau memberitahu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Lawas yang bakal beroperasi tidak lama lagi akan dilengkapi dengan kemudahan mencukupi termasuk tenaga pengajar berkemahiran dan pakar dalam mendidik kanak-kanak istimewa. – Sarawakiana

  • No Comment to " Kerajaan Sentiasa Membela Nasib Golongan Memerlukan "