• Kerajaan Negeri Akan Bangunkan Padungan Berkonsepkan Pembaharuan Bandar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Padungan akan dibangunkan dengan cara berkonsepkan pembaharuan bandar dalam tempoh lima tahun akan datang kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ini kerana katanya, bagi menjadikan Padungan sebagai salah satu tarikan di bandar raya ini.

    Menurutnya lagi, kawasan tersebut yang didiami majoriti kaum Cina akan dibangunkan semula dengan kemudahan moden namun pada masa sama mengekalkan warisan sedia ada di situ.

    “Ia mengambil masa kira-kira lima tahun kerana kita perlu merancang terlebih dahulu dan kemudian kita membangunkannya.

    “Pada masa yang sama kita perlu menangani isu-isu tempatan dengan cara pembangunan yang terbaik supaya ia tidak menjejaskan kehidupan orang di situ,” katanya.

    Abang Johari turut memberitahu, beliau telah mengarahkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian mengendalikan pembangunan tersebut.

    Katanya antara isu yang perlu ditangani adalah membabitkan penduduk di flat KMC, di mana pembangunan yang akan dilaksanakan harus dipastikan tidak membawa masalah kepada penyewa di situ.

    “Kita akan mempertingkatkan prasarna yang ada di situ tapi pada masa sama, mengekalkan seni bina asalnya,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Akan Bangunkan Padungan Berkonsepkan Pembaharuan Bandar "