• Kerajaan Lulus Peruntukan Baiki Sekolah, Klinik Terjejas Akibat Banjir

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Kerajaan negeri meluluskan sejumlah peruntukan untuk membaiki sekolah dan klinik yang terjejas akibat banjir buruk yang berlaku baru-baru ini.

    "Peruntukan berjumlah RM10.5 juta diluluskan oleh kerajaan negeri bagi menjalankan kerja-kerja memperbaiki struktur sekolah yang rosak bagi keselesaan pelajar.

    "Kerajaan turut meluluskan peruntukan RM250,000 bagi memperbaiki dua klinik kesihatan di daerah Tatau iaitu Klinik Kesihatan Nanga Tau dan Klinik Kesihatan Nanga Sanjan yang rosak teruk, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, belia berkata kejadian banjir kali ini merupakan kejadian terburuk di Sarawak sejak 55 tahun lalu.

    "Saya telah mengarahkan Pejabat Residen dan Jabatan Tanah dan Survei untuk mencari tapak yang lebih tinggi dan selamat bagi membina semula lima buah sekolah di negeri ini yang dikenal pasti mudah dinaiki air,"ujarnya

    Katanya, peruntukan bagi melaksanakan projek pembinaan semula lima buah sekolah itu telah dimasukkan bersama dalam bajet yang diumumkan oleh beliau.

    Tambahnya, Pejabat Residen serta Jabatan Tanah dan Survei telah diarahkan untuk menjalankan perbincangan dengan Pajabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah untuk menentukan lokasi yang sesuai dan ia harus diletakkan di kawasan berdekatan supaya tidak jauh untuk penduduk setempat menghantar anak-anak ke sekolah. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Lulus Peruntukan Baiki Sekolah, Klinik Terjejas Akibat Banjir "