• Kerajaan BN 'Bina' Kerjaya Generasi Muda

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Isu graduan menganggur bukanlah perkara baharu kerana masalah ini sudah berlaku sejak sekian lama.

    Biarpun masalah lama, kerajaan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) tidak pernah memandang enteng perkara ini dan mempunyai pendekatan tersendiri untuk menyelesaikannya.

    Memang tidak dinafikan Malaysia turut menghadapi situasi yang sama dan kerajaan BN terus mencari inisiatif untuk menangani isu tersebut.

    Kerajaan prihatin terhadap isu berkenaan dan golongan muda disasarkan agar negara mencapai status negara paling kurang pengangguran.

    Kerajaan amat prihatin dalam isu pengangguran, terutamanya dalam kalangan anak muda.

    Oleh itu pada tahun 2011, Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

    Ini secara langsung memberi peningkatan mobiliti sosial kepada graduan dan keluarga mereka. Kerajaan percaya jika seorang anak berasal daripada sebuah keluarga yang susah mendapat peluang pendidikan dan kemudiannya mendapat pekerjaan, nescaya nasib dan masa depan seluruh keluarga itu akan bertambah baik.

    Sejak SL1M diwujudkan sehingga ke hari ini, lebih daripada 140,000 graduan telah dibawa masuk ke dalam tenaga kerja dan diberi latihan melalui program SL1M.

    Ini membuktikan kerajaan BN memandang berat isu graduan menganggur dan melalui SL1M graduan seluruh Malaysia akan memperolehi pekerjaan dan isu graduan menganggur akan dapat diselesaikan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN 'Bina' Kerjaya Generasi Muda "