• Kerajaan Akan Bina Jalan Alternatif Dari Jambatang Batang Sadong Ke Simunjan

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+
    Foto FB YB Awla Dris
    SIMUNJAN: Jalan alternatif sejauh lapan kilometer dari Jambatan Batang Sadong akan dibina dalam usaha memendekkan masa perjalanan ke pekan Simunjan, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

    Namun katanya, pelan tersebut masih di peringkat kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

    Memetik laporan Utusan Borneo, untuk tujuan tersebut, beliau mendedahkan pihaknya telah mengemukakan tiga cadangan projek naik taraf jalan di bawah RMK11.

    “Kita sudah hantar tiga cadangan di bawah RMK11, harap ia diluluskan dan jalan dinaik taraf mengikut piawaian R3,” katanya.

    Julaihi memberitahu, projek naik taraf dan pembesaran Jalan Tanjung Pisang di sini dijangka siap Mac depan.

    Menuutnya lagi, jalan sepanjang lebih empat kilometer itu dilebarkan kepada enam meter berbanding empat meter sebelum ini yang akan dinaik taraf mengikut piawaian jalan raya Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada R1 kepada R3.

    Jelasnya, pembinaan tersebut adalah antara tujuh projek naik taraf jalan yang dilaksanakan dalam tempoh 2017 hingga 2018 dimana enam daripada projek tersebut telah siap sepenuhnya.

    “Setakat ini enam daripada tujuh projek yang dilaksanakan telah siap.

    “Kini projek naik taraf Jalan Tanjung Pisang masih berlangsung,” katanya.

    Justeru, katanya, pembangunan kemudahan asas jalan raya perlu dilakukan dalam usaha memberi manfaat kepada penduduk setempat.

    Bagaimanapun beliau berkata setiap permohonan penambahbaikan jalan raya dinilai mengikut keutamaan. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Akan Bina Jalan Alternatif Dari Jambatang Batang Sadong Ke Simunjan "