• Kentut Cetus Pergaduhan Dalam Pesawat

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+


    SINGAPURA – Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Amsterdam terpaksa mendarat cemas di Vienna selepas seorang lelaki tidak berhenti terkentut hingga mencetuskan pergaduhan dengan penumpang lain.

    Transavia Airlines dari Dubai terpaksa mendarat selepas dua lelaki Belanda merungut seorang lelaki tua yang duduk berhampiran mereka tidak henti kentut, menurut akhbar De Telegraaf.

    Akibatnya mereka bertengkar dan memaksa seorang kakitangan syarikat penerbangan itu terpaksa campur tangan.

    Sebaik sahaja mendarat di Vienna, beberapa anggota polis telah mengiringi dua lelaki Belanda dan dua wanita Belanda-Moroco keluar dari pesawat berkenaan.

    Jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan empat penumpang tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat itu kerana berkelakuan tidak sopan dan mengeluarkan perkataan kesat kepada penumpang lain

    Keempat-empat mereka terpaksa menaiki pesawat lain untuk ke Amsterdam.

    Bagaimanapun nasib lelaki yang terkentut itu tidak diketahui. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kentut Cetus Pergaduhan Dalam Pesawat "