• 'Kenapa Seluar Dalam Laki Aku Kau Tak Ambil Sekali?'

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Kedai dobi layan diri sememangnya dijadikan pilihan kebanyakan pasangan yang bekerjaya untuk membasuh pakaian kerana lebih mudah selain harganya yang berpatutan.

    Proses pencucian pakaian juga kebiasaannya ambil masa lebih kurang satu jam, jadi ramai yang memilih untuk pergi ke tempat lain sementara menunggu proses basuhan selesai.

    Tetapi jaga-jaga, takut ada pula yang kehilangan pakaian dalam dek kerana kegiatan seorang individu ini yang dikatakan sedang aktif menjalankan ‘kerjanya’ di kawasan Lembah Klang.

    Menerusi perkongsian di laman Facebook, Nur Liyana Ismail mendedahkan perbuatan seorang lelaki mencuri beberapa pakaian dalamnya dalam kejadian di sebuah kedai dobi di Taman Tasik Prima Puchong, selangor.

    Menurut Liyana, insiden tidak dijangkan itu berlaku kira-kira jam 10.18 malam Rabu, ketika dia dan suami meninggalkan seketika pakaiannya yang masih belum siap dibasuh.

    “Apa motif? Seluar dalam baju dalam yang kau ambil, seluar dalam laki aku kenapa tak ambil sekali?

    “Ya allah tak lepas nak bernafas kalau difikir-fikirkan. Semoga Allah lindungi aku dari segala kejahatan.

    “Habis semua seluar dalam sehelai pon dia tak tinggal 😭 hati-hati semua. Pengajaran untuk saya kali ini,” tulisnya dalam posting yang dimuat naik pada Rabu.

    Liyana memberitahu, dia kebiasaanya akan membasuh baju di rumah sahaja namun disebabkan pakaian suaminya yang terlalu banyak, membuatkan dia menghantar semua pakaian ke kedai dobi tersebut.

    “Balik-balik berterabur baju, serik dah nak tingal baju kat dobi. Buat pencuri kalau bagi kat mak hang bini hang pakai takpa lah aku halalkan, jangan lah dibuat perkara yang bukan-bukan,” katanya.

    Difahamkan, suspek sebelum ini pernah dirakam melakukan perbuatan sama di beberapa buah premis dobi di kawasan itu namun identitinya masuh belum dikenal pasti.

    Susulan itu, Liyana mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian mereka biarpun premis mempunyai rakaman kemera litar tertutup (CCTV). – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " 'Kenapa Seluar Dalam Laki Aku Kau Tak Ambil Sekali?' "