• Kenapa Perlu Bimbang Jika Tak Sebar Berita Palsu?

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Undang-undang untuk membendung berita palsu akan dikenakan kepada semua dan tidak terhad kepada politik sahaja.

    Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, undang-undang itu menjadi satu keperluan memandangkan peningkatan dalam berita palsu sejak kebelakangan ini dan ia perlu dikekang.

    “Jika apa yang disebarkan bukan berita palsu maka kenapa perlu bimbang? Undang-undang dibuat untuk melindungi mangsa berita palsu yang harus demi keadilan,” kata Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menerusi blognya.

    Salleh berkata, dunia barat juga sedang menilai semula kebebasan berucap dan kini melihat berita berita palsu sebagai ancaman kepada demokrasi.

    Katanya, Britain yang sering dianggap sebagai kubu demokrasi dan membenarkan ucapan bebas, juga sedang memikirkan undang-undang baru untuk memerangi penyalahgunaan kebebasan bersuara.

    “Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat yang tidak betul dan berita palsu, jadi kita perlu menegakkannya dengan mengelakpenyalahgunaan kebebasan bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat palsu dan berita palsu,” kata beliau.

    Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, draf undang-undang baharu bagi membendung berita palsu sudah siap dirangka dan akan dibentangkan kepada Kabinet.

    Katanya, undang-undang itu berkait rapat dengan beberapa akta yang sedia ada dalam negara seperti Akta Percetakan, Akta Komputer dan Akta Multimedia.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Kenapa Perlu Bimbang Jika Tak Sebar Berita Palsu? "