• Kenapa Kejam Sangat! Budak Tergamak Campak Anak Anjing Untuk Habuan Buaya

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    Anak anjing ini ditangkap, disumbat ke dalam beg, dikeluarkan semula bukan untuk bebas tapi dicampak ke dalam air sebagai makanan buaya.

    Tiada istilah yang mampu menggambarkan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Sebaik dicampak ke air, anak anjing itu dilihat terkapai kapai sebelum di sambar 'sang bedal'.

    Memetik laman Metro.co.uk kejadian itu dikatakan berlaku di Indonesia. Video yang dimuatnaik laman perkongsian LiveLeak berkenaan telah mencatat 72,000 tontonan dalam tempoh semalaman.

    Ini bukan kali pertama video kekejaman terhadap anjing di Indonesia didedahkan.Sebelum ini beberapa lagi video memaparkan haiwan itu dipukul dengan belantan hingga mati dan ada yang dibakar hidup-hidup semata-mata bagi memenuhi selera pelanggan.

    Aktivis hak asasi haiwan mendedahkan sembilan daripada 10 anjing yang dibunuh bagi memenuhi permintaan di seluruh Asia Tenggara adalah haiwan peliharaan yang dicuri daripada tuannya.

    Malah petubuhan Bebas Daging Anjing Indonesia (DMFI) telah mengeluarkan video kekejaman terhadap haiwan itu beserta pendedahan terdapat lebih 200 pasar yang menjual anjing hidup untuk tujuan dimakan beroperasi di Sulawesi utara.

    Peningkatan permintaan terhadap daging anjing bukan hanya isu mengenai penganiayaan terhadap haiwan namun ia turut mencetuskan kebimbangan mengenai penularan wabak rabies. - AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Kenapa Kejam Sangat! Budak Tergamak Campak Anak Anjing Untuk Habuan Buaya "