• Kempen Gempur: SPRM Pilih Perbadanan Labuan

    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+


    LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih tiga jabatan dalam Perbadanan Labuan untuk kempen memerangi rasuah di seluruh negara, yang dikenali sebagai ‘Kempen Gempur’.

    Kempen yang dilancarkan serentak di seluruh negara pada Selasa menyaksikan Jabatan Pelesenan , Perolehan dan Penguatkuasaan dilawat suruhanjaya itu.

    Pengarah SPRM Labuan Asisten Komisioner Abdulamin Abdillah berkata sekurang-kurangnya 70 borang kaji selidik GERAH 2018 diterima dalam lawatan itu.

    “Kami bertemu dengan pegawai-pegawai dari tiga jabatan itu dan berbual mengenai perkhidmatan mereka kepada rakyat dan kami akan terus berbuat demikian pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama.

    Kempen itu turut disokong Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Adzhar Ahmad yang meyifatkan kempen sedemikian membantu memastikan ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan.

    Sementara itu. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama SPRM hari ini.

    Bacaan IBR itu diketuai oleh Pengarahnya Marysia James Abie di pejabat jabatan itu dan disaksikan Abdulamin. -BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kempen Gempur: SPRM Pilih Perbadanan Labuan "