• Kempen Derma Darah Peringkat 9BGD, Kumpul 46 Pek Darah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    SIBU: Sebanyak 46 pek darah berjaya dikumpul sejak awal pagi tadi pada Program Kempen Derma Darah Peringkat 9 Briged di Orange Zone Star Megamall, di sini hari ini.

    Program tersebut telah dianjurkan Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) bersama Unit Tabung Darah Hospital Sibu bagi membantu menampung keperluan bekalan tabung darah Hospital Sibu sempena Tahun Baru Cina.

    Kempen itu disertai oleh warga 9 Briged dan seramai 60 anggota.

    Terdahulu, pelancaran kempen derma darah berkenaan disertakan dengan simbolik penyerahan pek darah oleh Timbalan Komandan Rej 510 (AW), Lt Kol Zakaria Abdul kepada Pegawai Perubatan dari Jabatan Tabung Darah Hospital Sibu Dr Cheng Jian Yuan.

    Turut hadir dalam Program Derma Darah ini ialah Panglima 9 Bgd, Brigedier Jeneral Dato' Dzulkafli bin Haji Mustaffa dan Pegawai-pegawai memerintah dan pemerintah di bawah naungan 9 Bgd. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kempen Derma Darah Peringkat 9BGD, Kumpul 46 Pek Darah "