• Kempen Boikot Minyak Sawit Perlu Ditangani Secara Bijak - Ahmad Shabery

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    KEMAMAN: Kempen Negara Kesatuan Eropah (EU) memboikot minyak sawit perlu ditangani segera secara bijak bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, isu alam sekitar yang dikaikan dengan tanaman sawit adalah tidak berasas dan berniat jahat.

    Menurutnya, kerajaan juga perlu mengambil langkah bersepadu berikutan kempen itu yang dilihat bakal menjejaskan pendapatan rakyat dan negara.

    “Kita mesti pandang serius dalam perkara ini kerana ia sudah pasti akan menjejaskan ratusan ribu rakyat yang bergantung kepada kelapa sawit dan kira-kira jutaan rakyat di negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya.

    “Perkara kedua ialah saya rasa kecewa apabila ada pihak pembangkang yang seolah-olah mencari perhatian daripada negara-negara EU dalam usaha mereka untuk mengadakan kempen dalam pilihan raya tetapi tidak langsung menimbulkan kaedah untuk membela nasib rakyat akibat daripada kempen tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas program Malam Kasihi Pekebun Negaraku Kampungku di Kemaman pada Khamis malam.

    Ahmad Shabery berkata, kepimpinan pakatan harapan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengadakan pertemuan dengan Duta-Duta EU baru-baru ini jelas tidak sensitive terhadap isu kebajikan rakyat.

    Beliau berkata, pembangkang seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menangkis tohmahan EU bahawa penebangan hutan secara berleluasa untuk tanaman sawit adalah satu tuduhan liar. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Kempen Boikot Minyak Sawit Perlu Ditangani Secara Bijak - Ahmad Shabery "