• Kemenangan BN Di Sibu Dan Lanang Akan Tercapai Atas Faktor Bersatu

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+
    Pilihanraya Umun ke-14 (PRU14) dilihat begitu mencabar jika Barisan Nasional tidak bersatu dalam gerakan untuk mendapat kemenangan terutama sekali Parlimen Sibu dan Lanang.

    Ini kerana hanya penyatuan parti komponen tersebut dapat mencapai kemenangan di mana parlimen tersebut memiliki majoriti pengundi cina seperti ulasan penganalisa politik Sarawak sebelum ini.

    Parlimen Sibu dan Lanang khususnya merupakan kerusi kuat BN sebelum ini namun sejak PRU13 lepas, akibat pergolakkan dalaman Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menyaksikan parlimen tersebut jatuh ke tangan pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP)

    Kini SUPP sudah pulih dari pergolakan dalaman dan sokongan masyarakat Cina dilihat semakin menyebelahi SUPP dan kepimpinan Presidennya Dr Sim Kui Hian mula diterima baik oleh ahli parti.

    Malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Serj Najib Tun Razak berkeyakinan tinggi terhadap kepimpinan Dr Sim menerajui SUPP.

    Memetik laporan dayakdaily, Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, BN akan kuat di Palimen Sibu dan Lanang jika UPP dan SUPP bekerjasama.

    Apa yang difahami sebenarnya menerusi kenyataan Abang Johari dan Najib sebelum ini, hanya dengan bersatu kawasan tersebut akan dapat ditawan memandangkan SUPP pada waktu ini dilihat begitu stabil dan kukuh untuk menghadapi PRU14.

    Dalam ucapan sambutan Tahun Baru Cina di Sibu dua hari lepas, Abang Jo berkata sasaran BN untuk memenangi semula kerusi Parlimen Sibu dan Lanang juga tidak mustahil jika semua parti komponen BN Sarawak bergabung tenaga memastikan kemenangan calonnya di kerusi berkenaan. Apatah lagi SUPP kini dilihat sudah pulih daripada krisis dalaman yang dialaminya.

    Jelas sekali SUPP diyakini mampu menawan parlimen tersebut dan Soon Koh perlu akur bahawa kerjasama UPP dan SUPP tidak mencukupi kerana apa yang dimaksudkan oleh Abang Jo ialah perlunya bersatu sesama komponen BN Sarawak akan mudah tercapai seperti yang dirancang.

    Jadi untuk mencapai kemenangan di kawasan parlimen bekenaan hanya dengan bersatu dapat merealisasikan kawasan tersebut menjadi milik BN pada PRU14 nanti.

    Subjects:

  • No Comment to " Kemenangan BN Di Sibu Dan Lanang Akan Tercapai Atas Faktor Bersatu "