• Kekal Bersama BN Untuk Pastikan Baram Menjadi Bahagian Baharu Di Sarawak

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    Walaupun proses menaiktaraf Baram sebagai bahagian baharu di Sarawak memakan masa namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau optimis perkara tersebut mampu direalisasikan.

    Sehubungan itu beliau berkata, penduduk Baram perlu terus bergerak ke hadapan bagi memastikan kawasan tersebut dapat dinaiktaraf menjadi bahagian.

    Menurutnya, proses tersebut kini berada pada landasan tepat yang merangkumi tiga daerah iaitu Marudi, Telang Usan dan Beluru selain tiga daerah kecil - Mulu, Long Bedian, Lapok dan Bario.

    "Apabila dinaiktaraf menjadi bahagian, banyak kebaikan diperolehi seperti pekerjaan dan fasiliti perniagaan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Dennis menjelaskan, usaha tersebut menuntut setiap lapisan masyarakat terus menyokong teguh kerajaan kerana tiada apa yang pembangkang mampu berikan.

    "Jadi, tidak perlu percaya maklumat daripada media sosial terutama menerusi sumber tidak sahih," ujarnya.

    Tambahnya, 'Team Baram' yang merangkumi beliau sendiri, ADUN Mulu Dato Gerawat Gala, ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling serta Alexander Asing Sadai mempunyai pelan pembangunan utama untuk keseluruhan Baram.

    Sehubungan itu menurutnya, penduduk Baram mesti kekal bersama Barisan Nasional (BN) dan bersedia untuk pelan pembangunan di bawah Transformasi Nasional 2050.-Sarawakiana

  • No Comment to " Kekal Bersama BN Untuk Pastikan Baram Menjadi Bahagian Baharu Di Sarawak "