• Kebakaran Kuarters Pekerja Di Bintulu, 200 Orang Hilang Tempat Tinggal

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Dua ratus pekerja sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini hilang tempat tinggal setelah kuarters yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian lewat petang semalam.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohd. Meramit berkata kebakaran kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai bermula dari blok kedua kuarters berkenaan sehingga memusnahkan 30 bilik kuarters tersebut.

    "Secara keseluruhan kuarters tersebut mempunyai 50 bilik menempatkan 300 pekerja kilang dengan 30 bilik terjejas akibat kebakaran manakala 20 bilik dapat diselamatkan," katanya hari ini.

    Mohd. berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana mereka sempat menyelamatkan diri.

    Menurutnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
  • No Comment to " Kebakaran Kuarters Pekerja Di Bintulu, 200 Orang Hilang Tempat Tinggal "