• Kebakaran Enjin Sebuah Kereta Gemparkan Pasar Serian

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    SERIAN: Bahagian enjin sebuah kereta jenis Honda musnah selepas kenderaan tersebut yang diletakkan di belakang sebuah pasaraya di sini tiba-tiba terbakar pagi tadi.

    Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima laporan sekitar jam 8.44 pagi tadi dan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

    “Kebakaran melibatkan 80 peratus di bahagian enjin kereta dan semasa kejadian orang awam berusaha memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api mudah alih sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan kebakaran berjaya dipadamkan,” katanya.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kebakaran Enjin Sebuah Kereta Gemparkan Pasar Serian "