• Kebakaran Barangan Terpakai Cemaskan Penghuni Flat Sibu Jaya

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+
    Gambar Hiasan
    SIBU: Kebakaran barangan terpakai di dalam bilik sebuah pangsapuri mencemaskan penghuni di Flat Sibu Jaya pagi tadi.

    Dalam kejadian sekitar jam 8.55 pagi itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, rumah tersebut tidak berpenghuni dan kebakaran hanya melibatkan sebuah bilik.

    “Apabila tiba di tempat kejadian, mendapati api telah pun di padamkan oleh jiran sebelah.

    “Kebakaran tersebut hanya melibatkan barang-barang terpakai dan tidak melibatkan struktur,” katanya.

    Katanya, tindakan pihak bomba hanyalah memantau supaya keadaan selamat dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kebakaran Barangan Terpakai Cemaskan Penghuni Flat Sibu Jaya "