• Kawasan Pembangkang Pun BN Beri Perhatian

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Mungkin ramai yang beranggapan politik Barisan Nasional (BN) lebih fokus kepada kawasan BN dan mengabaikan kawasan yang dikuasai pembangkang.

    Tanggapan tersebut memang tidak tepat kerana kawasan pembangkang turut mendapat sentuhan pembangunan daripada kerajaan BN Sarawak.

    Terbaru Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan Padungan yang dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

    Kawasan tersebut akan dijadikan pusat perlancongan yang akan memberi faedah kepada rakyat.

    Padungan merupakan kawasan majoriti masyarakat Cina yang kebanyakannya menjana pendapatan menerusi perniagaan.

    Kerajaan BN merancang untuk membangunkan Padungan secara berkonsepkan pembaharuan bandar.

    Ini akan menjadikan Padungan sebagai satu tarikan di tengah bandaraya Kuching.

    Menurut Abang Johari, pelaksanaannya mengambil masa lima tahun kerana kerajaan perlu merancang terlebih dahulu dan pada masa sama kerajaan perlu menangani isu-isu tempatan supaya dapat mengekalkan warisan yang sedia ada.

    Kerajaan BN mempunyai perancangan yang terbaik untuk kawasan termasuk kawasan yang dikuasai oleh pembangkang.

    Tidak pernah meminggir kawasan tersebut kerana kerajaan BN Sarawak tetap adil kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama negeri ini.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kawasan Pembangkang Pun BN Beri Perhatian "