• Katak Terperangkap Dalam Rahim Wanita

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Aduh… Seorang wanita berusia 34 tahun dari Brazil mengalami detik cemas apabila seekor katak maut terperangkap dalam rahimnya selama sembilan jam.

    Dalam kejadian Sabtu minggu lalu itu, wanita yang enggan mendedahkan identitinya mengatakan haiwan amfabia itu masuk ke bahagian rahimnya ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah kawasan rekriasi di Cordeiro, Rio de Jenerio, Brazil.

    Mangsa kemudian memuat naik video menunjukkan bagaimana haiwan katak itu dikeluarkan dengan menggunakan bantuan seorang lelaki secara mengurut.

    Rakaman berdurasi dua minit yang menjadi tular di laman sosial itu seterus mendapat perhatian meluas netizen tempatan dan kebanyakkannya mengucakap ‘terima kasih’ kerana diberi kesempatan melihat seekor katak yang terperangkap di dalam rahim seorang wanita.

    “Kami simpati dengan awak dan pada masa sama ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian video ini. Sememangnya suatu informasi yang berguna,” tulis seorang netizen.

    Apa yang lebih memeranjatkan adalah cara mengeluarkan katak berkenan di mana tukang urut itu menggunakan lutut dan sikunya menekan perut mangsa bagi memberikan tekanan yang membuat katak itu keluar secara berlahan-lahan.

    Mangsa bagaimanapun turut berharap kepada mana-mana wanita yang menggemari aktiviti di sungai agar lebih berhati-hati dan menjadikan kejadian yang menimpanya itu sebagai pengajaran. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Katak Terperangkap Dalam Rahim Wanita "