• Kapal tangki MT Pratama 128 ditemui di Dumai

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kapal tangki MT Pratama 128 yang dilaporkan hilang sudah dijumpai di Perairan Pulau Rupat, Dumai oleh Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) tengah hari tadi.

    Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kapal berkenaan dilarikan krew kapal itu sendiri.

    "Kerjasama dengan pasukan TNI-AL berjaya menemui semula kapal berkenaan dan kini Maritim Malaysia dalam proses rundingan untuk membawa pulang kapal terbabit.

    "Setakat ini siasatan mendapati tiada unsur rompakan dan pelanunan dalam insiden ini," katanya.

    Zulkifli berkata, kapal terbabit diletakkan di batas pelabuhan berhampiran perairan Tanjung Piai.

    "Kapal itu diawasi dengan radar dan rondaan dari pengawal, namun kami percaya krew terbabit mengambil kesempatan ketika pengawal rondaan pulang ke jeti.

    "Maritim Malaysia akan terus bekerjasama dengan TNI-AL untuk menyiasat tujuan kapal itu dilarikan," katanya.

    Terdahulu, kapal tangki MT Pratama 128 yang dalam tahanan Maritim Malaysia dilaporkan hilang kelmarin.

    Kapal terbabit ditahan oleh Maritim Malaysia atas kesalahan mengikut Ordinan Kapal Dagang (MSO) 1952.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kapal tangki MT Pratama 128 ditemui di Dumai "