• Kanak-Kanak Litar Ganti Gadis F1

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    PARIS: Selepas mengumumkan tiada lagi gadis litar yang akan 'menghiasi' petak perlumbaan Formula Satu (F1) minggu lalu, penganjur sukan permotoran itu kini mengambil inisiatif baharu menerusi pembabitan kanak-kanak.

    Badan induk sukan itu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menyatakan langkah menggunakan 'Kanak-Kanak Litar' akan menjadikan sambutan sebelum perlumbaan lebih relevan kepada peminat sukan permotoran itu.

    "F1 adalah kemuncak kepada sukan permotoran dan impian setiap pelumba muda yang bertanding dalam siri junior.. daripada go-kart hinggalah ke F1," kata Presiden FIA, Jean Todt menerusi laman web rasmi badan induk itu.

    "Justeru, kami berbangga untuk membawa impian bakal juara sukan permotoran ini dan memberi peluang kepada mereka untuk turut sama menyertai wira mereka di grid sebelum perlumbaan dimulakan."

    Liberty Media memperoleh hak ke atas F1 sejak Januari 2016 dan menjelaskan mereka cuba untuk mengubah sukan itu supaya menjadi lebih menarik.

    "Dengan amalan menggunakan gadis litar dilihat sudah biasa dengan F1 sejak berdekad, kami berpendapat tradisi ini tidak sesuai dengan nilai jenama kami dan janggal dengan norma dunia moden," kata Pengarah Komersial F1, Sean Bratches, minggu lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Litar Ganti Gadis F1 "