• Kanada Benar Jual Ganja Sosial Julai Ini

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+
    OTTAWA: Ganja untuk tujuan sosial di Kanada hanya akan dijual beberapa bulan lagi tahun ini selepas disahkan berikutan sistem runcit baharu memerlukan masa untuk mula berfungsi dengan betul, kata Menteri Kesihatan Ginette Petitpas Taylor semalam.

    Kerajaan Liberal berkata undang-undang baru itu perlu dilaksanakan menjelang 1 Julai tahun ini, menjadikan Kanada sebagai negara G7 pertama untuk menerima pakai dasar sedemikian.

    Sebahagian daripada 10 wilayah di Kanada, yang bertanggungjawab menjual ganja, mengeluh, kerana tidak mempunyai masa yang cukup.

    "Mereka memerlukan lapan hingga 12 minggu selepas penerimaan undang-undang untuk aktiviti persediaan seperti pergerakan produk dari pengeluar berlesen kepada pengedaran dan kedai runcit," kata Petitpas Taylor kepada Dewan Senat.

    Pihak Liberal berkata pengesahan diperlukan untuk memastikan ganja itu tidak sampai ke tangan pengguna bawah umur dan mengurangkan jenayah yang berkaitan.

    Menteri Kehakiman, Jody Wilson-Raybould memberitahu senat, beliau menolak kebimbangan bahawa lebih banyak masa diperlukan kerana mendapati wilayah dan daerah lain bekerja dengan pantas. - BHOnline

    Subjects:

    Luar Negara
  • No Comment to " Kanada Benar Jual Ganja Sosial Julai Ini "