• Kalau Perkenal Undang-Undang Bendung Berita Palsu Biar Selepas PRU14

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kajian teliti mengenai keperluan memperkenalkan undang-undang baharu khusus untuk membendung penularan berita palsu di negara ini harus dilakukan sebelum dikuatkuasakan.

    Memetik laporan Utusan Broneo beliau berkata, ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai banyak undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan berita-berita palsu termasuk kenyataan berbaur hasutan, fitnah dan sebagainya.

    "Pengenalan undang-undang baharu itu jika perlu, harus dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung.

    "PRU14 semakin hampir dan tiada kemungkinan rang undang-undang baharu akan diperkenalkan semasa tempoh Parlimen sekarang," ujarnya.

    Katanya, buat sementara waktu kerajaan boleh menggunakan undang-undang sedia ada untuk membendung sebarang berita palsu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kalau Perkenal Undang-Undang Bendung Berita Palsu Biar Selepas PRU14 "