• Kajian: Orang Yang Gemar Beronani Lebih Cepat Meninggal Dunia

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    Sebuah kajian yang baru dijalankan telah mendapati lebih kurang 100 orang lelaki di German telah meninggal dunia akibat ketagihan onani yang melampau.

    Selain daripada itu, para pengkaji turut mendedahkan beberapa tabiat berisiko yang lain yang boleh menjadi punca kepada kematian 100 orang lelaki ini.

    Di dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh Harold Voß yang merupakan seorang pakar perubatan yang berasal daripada Brandenburg, beliau mendapati sekurang-kurang satu atau dua individu daripada sejuta orang akan meninggal dunia ketika sedang memuaskan nafsu mereka. Ini bersamaa dengan 80 sehingga 100 orang setiap tahun.

    Kebanyakkan kes kematian ini tidak dilaporkan kepada pihak hospital disebabkan oleh perasaan malu mereka. Di dalam sebuah kes terbaru, mayat seorang lelaki telah ditemui dalam keadaan sedang memakai stokin wanita, pakaian menyelam dan baju hujan di tubuhnya.

    Lelaki itu turut memasukkan kepalanya ke dalam beg plastik dan keadaan terduduk berhampiran dengan alat pemanas yang bertujuan untuk mencairkan kepingan keju yang diletakkan pada tubuhnya.

    Punca kematian adalah berpunca daripada auto-erotic asphyxiation, sebuah kondisi di mana terdapat kekurangan bekalan oksigen ke otak yang dibuat secara sukarela bagi mendapatkan kepuasan seksual. 

    Ini bukanlah kes yang pertama di mana seorang lelaki telah ditemui mati dalam keadaan lampu pokok Krismas tergantung pada puting dadanya.

    Menurut Voß yang kebanyakkan kes kematian seperti ini adalah kemalangan dan tidak disengajakan. Kebanyakkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak mereka.-taitokai.tv

    Subjects:

  • No Comment to " Kajian: Orang Yang Gemar Beronani Lebih Cepat Meninggal Dunia "