• Kadar Jenayah Indek Sarawak Terus Menurun

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Trend jenayah indeks di negeri Sarawak terus mencatatkan penurunan sejak 2008 sehingga tahun lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Dato’ Dev Kumar berkata, ia adalah kerana kerjasama baik diantara pihak polis dan masyarakat dalam memastikan kadar jenayah di negeri ini amnya terus menurun dan akhirnya akan mencapai tahap sifar jenayah.

    Menurutnya, ekoran penurunan kadar jenayah indeks yang mencatatkan penurunan sebanyak 425 kes bersamaan enam peratus jelas memperlihatkan bahawa senario jenayah di negeri ini masih berada ditahap kekal aman dan tenteram.

    “Jenayah indeks adalah terdiri daripada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda,"

    “Walaupun ia mencatatkan penurunan bagi jenayah harta benda seperti kes pecah rumah, curi motokar, jentera berat namun kes curi motosikal masih merupakan penyumbang tertinggi jenayah indeks di tiga lokasi iaitu di Serian, Lubok Antu dan Kota Samarahan.

    “Dari segi jenayah kekerasan pula, samun turut mencatat penurunan namun begitu kes bunuh dan rogol mencatatkan peningkatan.” katanya

    Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan Perundangan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kadar Jenayah Indek Sarawak Terus Menurun "