• Juruterbang Pesawat Pejuang Letup Diri Elak Ditangkap

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    SEORANG juruterbang jet pejuang perang Rusia sempat menjerit `ini untuk orang kami’ sebelum meletupkan dirinya dengan bom tangan bagi mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pembangkang di Syria.

    Major Roman Filipov sebelum itu terpaksa melantun keluar dari pesawat perangnya selepas ia terkena peluru berpandu.

    Dia kemudiannya diserang oleh kumpulan pembangkang yang menentang pentadbiran rejim Asad Bashir di Syria. Roman sempat menembak mati dua anggota anggota pejuang berkenaan sebelum menarik pin bom tangan dan membunuh diri.

    Ketika kejadian, Roman, 33, sedang menerbangkan jet pejuang Sukhoi 25SM pada ketinggian 4,000 meter di atas ruang angkasa Syria apabila jet itu ditembak oleh peluru berpandu.

    Laporan awal sebelum ini menyebut bahawa Roman ditangkap oleh kumpulan itu sebelum terbunuh ketika menentang mereka.

    Selepas terbukti dia membunuh diri dengan meletupkan diri, tentera Syria dan Rusia kini mensasarkan untuk mencari mayatnya.

    Roman pernah dicalonkan untuk pingat tertinggi Kremlin iaitu Hero Of Russia. MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

    pelbagai
  • No Comment to " Juruterbang Pesawat Pejuang Letup Diri Elak Ditangkap "