• Jumlah kematian rusuhan Rwanda meningkat 11 orang

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    KIGALI (RWANDA) : Jumlah kematian akibat rusuhan semasa penyerahan bantuan makanan meningkat kepada 11 orang, semalam.

    Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa itu terbunuh dalam pertempuran di dua lokasi berbeza.

    Polis sebelum ini melaporkan bahawa lima pelarian Congo maut manakala lebih 20 lagi cedera dalam rusuhan Khamis lalu.

    Pegawai Hubungan Luar UNHCR, Daniela Ionita berkata, tragedi itu sebenarnya boleh dielakkan dan kekerasan digunakan ke atas pelarian berkenaan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima.

    "UNHCR menggesa pihak berkuasa menghentikan kekerasan ke atas golongan ini dan menyiasat dengan terperinci tragedi terbabit.

    "Kami amat terkesan dan terkejut dengan kematian semua pelarian berkenaan," katanya.

    Antara mangsa yang cedera termasuk anggota polis dan petugas UNHCR sendiri. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jumlah kematian rusuhan Rwanda meningkat 11 orang "