• JPBN Sarawak Bersedia Pindah, Selamat & Beri Bantuan

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memastikan operasi pemindahan dan menyelamat berjalan lancar selain memberi bantuan kepada mangsa banjir.

    "Pagi ini (semalam), kita telah bermesyuarat dengan agensi berkaitan bagi menangani  masalah banjir di negeri ini.

    "Antara isu yang dibincangkan termasuk usaha untuk memperbaiki jalan-jalan yang putus disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu," katan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Tambahnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memperbaiki segera jalan-jalan yang terputus bagi memastikan tiada masalah timbul ekoran ensiden tersebut.

    Uggah berkata, talian hotline ada disediakan di setiap daerah dan pejabat residen supaya masyarakat dapat memaklumkan sebarang aduan supaya tindakan segera dapat diambil.

    "Justeru, kami menyarankan orang ramai supaya menggunakan talian ini atau media sosial sebagai langkah bagi membantu mangsa banjir di negeri ini," ujar beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " JPBN Sarawak Bersedia Pindah, Selamat & Beri Bantuan "