• Jong-un, mendiang bapa guna pasport Brazil mohon visa

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+


    LONDON: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan mendiang bapanya, Kim Jong-il menggunakan pasport palsu Brazil untuk memohon visa bagi melawat negara Barat pada 1990-an, menurut lima sumber keselamatan Eropah Barat kepada Reuters.

    Ketika keluarga pemerintah Korea Utara itu terkenal menggunakan dokumen perjalanan diperoleh menggunakan nama palsu, ada beberapa contoh khusus. Salinan pasport Brazil dilihat Reuters belum pernah diterbitkan sebelum ini.

    "Mereka menggunakan pasport Brazil yang jelas menunjukkan gambar Jong-un dan Jong-il, untuk cuba memperoleh visa daripada kedutaan asing.

    "Ini menunjukkan keinginan untuk melakukan perjalanan dan negara yang mana keluarga pemerintah cuba membina laluan mungkin melarikan diri," kata satu sumber kanan keselamatan Barat yang enggan dikenali.

    Kedutaan Korea Utara di Brazil bagaimanapun enggan mengulas. Kementerian Luar Brazil pula berkata, ia sedang menyiasat dakwaan itu.

    Sumber Brazil berkata, dua pasport yang dipersoalkan adalah dokumen sah apabila dihantar secara kosong untuk diisi konsulat.

    Empat pegawai kanan keselamatan Eropah Barat lain mengesahkan, dua pasport Brazil bersama gambar kedua-dua pemimpin Korea Utara menggunakan nama Josef Pwag dan Ijong Tchoi digunakan untuk memohon visa di sekurang-kurangnya dua negara.

    Tidak jelas jika sebarang visa dikeluarkan. Pasport itu juga mungkin digunakan untuk berkunjung ke Brazil, Jepun dan Hong Kong, kata sumber keselamatan.

    Akhbar Jepun, Yomiuri Shimbun melaporkan pada 2011, Jong-un melawat Tokyo ketika kanak-kanak menggunakan pasport Brazil pada 2011, sebelum tarikh dua pasport terkini dikeluarkan.

    Kedua-dua pasport membawa cap 'Kedutaan Brazil di Prague' mempunyai tarikh dikeluarkan 26 Februari 1996 dan sah 10 tahun.

    Pasport dengan gambar Jong-un dikeluarkan atas nama Josef Pwag menggunakan tarikh lahir 1 Februari 1983. -Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jong-un, mendiang bapa guna pasport Brazil mohon visa "