• Jokowi Tebus Album Metallica RM3,148

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo telah menebus set koleksi album Master of Puppets edisi terhad kumpulan Metallica yang sebelum ini diserahkan kepada Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK).

    Jokowi menyerahkan album itu kepada badan pencegahan rasuah republik itu bagi mengelakkan konflik kepentingan, menurut jurucakap KPK Febri Diyansyah dalam laporan The Jakarta Post, hari ini.

    Dikenali ramai sebagai seorang peminat muzik metal, Jokowi telah menerima set dua piring hitam itu sebagai hadiah oleh Perdana Menteri Belanda, Lars Lkke Rasmussen pada 28 November tahun lalu semasa lawatan rasminya ke Indonesia.

    Jokowi kemudiannya menyerahkan hadiah tersebut kepada KPK, yang mengisytiharkan album tersebut sebagai inventori negara pada 31 Januari lalu.

    Namun, mungkin kerana asyik ‘terkenang’, Jokowi mengambil keputusan untuk menebus vinyl tersebut dengan harga 11 juta rupiah (RM3,148)!

    Master of Puppets dianggap sebagai album paling berpengaruh Metallica, terjual lebih 10 juta salinan di seluruh dunia dan menjadi album metal pertama yang disenaraikan di dalam perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS).

    Kata Febri lagi, tindakan Jokowi itu akan memberi contoh yang baik kepadapegawai kerajaan yang lain yang menerima hadiah daripada pemimpin luar negara di masa hadapan.

    “Ini bukan tentang isu wang yang dibayar, tetapi kesedaran yang konsisten tentang rasuah daripada skala yang kecil,” katanya lagi.-MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jokowi Tebus Album Metallica RM3,148 "