• Johnichal Terus Sokong Nyallau Sebagai Calon BN Di Lubok Antu

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa tetap dengan pendiriannya untuk terus menyokong Datuk William Nyallau Badak sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Malah menurutnya, beliau akan menyokong Nyallau untuk dicalonkan semula.

    "Kita tidak mahu mana-mana orang luar. YB Datuk William Nyallau masih mendapat sokongan orang tempatan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menyatakan kawasan parlimen Lubok Antu dan Selangau akan mendapat orang baharu pada PRU14.

    Tambahnya, PRS tidak menerima cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kedua-dua kawasan parlimen tersebut untuk penyandang mempertahankan kerusi.

    "Apabila tiada cadangan daripada ADUN untuk penyandang Lubok Antu dan Selangau semasa tempoh cadangan sebelum ini, PRS akan mencalonkan dua muka baharu," ujarnya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Nyallau menang dengan majoriti 4,091 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat (PKR) dan Larry Sng (SWP).

    Nyallau memperolehi 8,278 undi manakala Nicholas (2,530 undi) dan Larry (4,187 undi).-Sarawakiana












    Subjects:

  • No Comment to " Johnichal Terus Sokong Nyallau Sebagai Calon BN Di Lubok Antu "