• Jepun Bina Bangunan Kayu Tertinggi Di Dunia

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    TOKYO – Sebuah syarikat Jepun merancang untuk membina bangunan kayu pencakar langit tertinggi di dunia sempena sambutan penubuhannya yang ke-350 pada tahun 2041.

    Sumitomo Forestry berkata, 10 peratus daripada 70 tingkat Menara W350 akan diperbuat daripada besi, kombinasi dengan 180,000 meter padu kayu.

    Terdapat kira-kira 8,000 rumah, dengan pokok-pokok yang akan ditanam di balkoni di setiap tingkat, katanya.

    Bangunan itu akan dibangunkan dengan menggunakan struktur tiub bersambung berfungsi sebagai pendakap kawalan getaran penjuru diagonal di tengah-tengah 350 meter kayu dan keluli bagi melindunginya daripada gempa bumi yang biasa berlaku di Tokyo, katanya.

    Kos pembinaan projek itu kira-kira 600 bilion yen atau AS$5.6 bilion, dua kali ganda pembinaan bangunan pencakar langit konvensional dengan saiz yang sama.

    Bagaimanapun, Sumitomo menjangkakan kos akan berkurangan sebelum pembinaan siap pada tahun 2041 dengan kemajuan teknologi.

    Jepun telah meluluskan undang-undang pembinaan projek bangunan tinggi menggunakan kayu pada tahun 2010 untuk bangunan awam yang di bawah tiga tingkat.

    Ia pun bukan konsep baru di seluruh dunia.

    Bangunan pencakar langit daripada kayu boleh didapati di seluruh dunia, dari sebuah bangunan pejabat 18 tingkat di Minneapolis yang diperbuat daripada balak hingga blok flat pelajar setinggi 53 meter di Vancouver yang kini menjadi bangunan kayu tertinggi di dunia. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Jepun Bina Bangunan Kayu Tertinggi Di Dunia "