• Jejak Kasih Selepas Hilang Tujuh Bulan

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan warga Argentina, Alum Langone Avalos yang dilaporkan hilang sejak Jun 2017 di Argentina, dan dikesan di beberapa lokasi di Malaysia, ditemui di Indonesia.

    Malah kanak-kanak itu telah dipertemukan semula dengan ibunya.

    Duta Argentina di Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, budak perempuan berusia tujuh itu ditemui selepas usaha pencarian selama tujuh bulan.

    Baru-baru ini, ibu Elizabeth, Elizabeth Avalos memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya yang dibawa keluar dari Argentina secara haram oleh bekas suaminya yang juga bapa Alum.

    "Kisah ini mendapat liputan meluas yang membantu mewujudkan kesedaran bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

    "Rakyat Malaysia yang baik dan bermurah hati telah membantu untuk membantu dengan pelbagai cara dan paling penting, melaporkan lokasi Alum dan pihak yang membawanya sehingga berjaya menemukan mereka di Indonesia," menurut kedutaan.

    Tambah kenyataan itu, Kedutaan Argentina di Jakarta, Indonesia, turut mengesahkan mengenai penahanan penculik Alum pada Selasa.

    Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas, mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia, media dan orang awam di atas segala bantuan dan kerjasama mereka untuk menyelesaikan kes tersebut.

    "Pertemuan antara Alum dan ibunya tidak akan mungkin berlaku tanpa sokongan berterusan daripada semua pihak," katanya.

    Menurut kedutaan itu, Elizabeth kini berada di Indonesia bersama Alum dan membuat persiapan untuk pulang ke Buenos Aires, Argentina. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Jejak Kasih Selepas Hilang Tujuh Bulan "