• Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Bincang MA63 Buka Lembaran Baharu Rundingan Penurunan Kuasa

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi di peringkat pusat bagi membincangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan perkara terkini dalam proses rundingan penurunan kuasa kepada Sarawak, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

    Menurut beliau, ia merupakan lembaran baharu kepada rundingan penurunan kuasa kepada Sarawak khususnya membincangkan perkara yang sensitif dari segi Perlembagaan Persekutuan.

    "Ia adalah salah satu daripada tiga perkara penting yang telah dicapai dan dipersetujui ketika Persidangan Agung PBB selain penguatkuasaan Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958 dan semua delegasi dari seluruh Sarawak dalam memberi input dan idea ke arah mentransformasikan ekonomi negeri ," kata beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri menjelaskan bahawa jawatankuasa tertinggi peringkat negeri akan dianggotai oleh ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri.

    "Bagi tujuan itu, di peringkat negeri kita juga menubuhkan jawatankuasa tinggi di anggotai ketiga-tiga timbalan ketua menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Tan Sri Datuk James Jemut Masing" katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Bincang MA63 Buka Lembaran Baharu Rundingan Penurunan Kuasa "