• Jari Tersepit Dalam Tombol Pintu

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    BINTULU: Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejutkan dengan kes khidmat khas untuk mengeluarkan jari tersèpit dalam tombol pintu yang membabitkan seorang budak lelaki.

    Mangsa yang berusia 12 tahun ditemani bapanya datang sendiri ke BBP Bintulu untuk mendapatkan bantuan kira-kira jam 9.00 malam ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihak Bomba menggunakan ‘Ring Cutter’ dan juga peralatan khas lain.

    "Operasi mengambil masa 40 minit bagi mengeluarkan jari dari tombol tersebut," katanya

    Menurutnya, budak lelaki tersebut hanya mengalami kecederaan kecil pada bahagian luar jari.

    "Setelah selesai operasi, Pihak Bomba menyarankan agar bapa budak tersebut membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital," ujarnya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jari Tersepit Dalam Tombol Pintu "