• Jangan Tinggalkan BN Jika Mahu Pembangunan Berterusan

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Jika mahu terus menikmati pembangunan, penduduk Baram perlu bijak memilih kerajaan dan tidak meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

    Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi kawasan Baram memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Berdasarkan prestasi menurutnya, hanya wakil BN mampu membawa pembangunan kepada masyarakat di luar bandar.

    "Hari ini penduduk di Sungai Laong sudah boleh tersenyum lebar kerana rumah panjang anda telah menerima bekalan elektrik 24 jam, selain mempunyai jalan raya yang baik dan berturap menuju ke Sungai Laong.

    "Ini salah satu contoh keprihatinan kerajaan terhadap penduduk di kawasan luar bandar dan kerajaan terus melaksanakan pembangunan selagi rakyat tidak meninggalkan BN dan terus memilih BN pada PRU akan datang," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Tambah Anyi lagi, beliau sentiasa turun padang ke rumah panjang di kawasannya bagi melihat sendiri keadaan mereka dan mendengar masalah yang dihadapi penduduk seterusnya mencari penyelesaian bagi membantu mereka.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Tinggalkan BN Jika Mahu Pembangunan Berterusan "