• Jangan Terlalu Berjimat Hingga Abaikan Keselamatan - Noh Omar

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Pemilik bangunan digesa untuk tidak terlalu berjimat dan mengabaikan aspek keselamatan apabila menambah baik serta mencantikkan bangunan.

    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menegaskan bangunan yang memasang 'cladding' dengan bahan tidak diluluskan perlu menanggalkannya segera.

    Tambahnya lagi, pihak bomba akan melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan bangunan menggunakan bahan yang diluluskan

    "Pihak bomba akan melakukan pemeriksaan mengejut di bangunan-bangunan tertentu. Kalau mereka didapati menggunakan bahan yang tidak diluluskan, ia adalah satu kesalahan," katanya dalam satu sidang media khas mengulas kejadian kebakaran KWSP pada Selasa.

    Katanya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, sebaliknya berpunca daripada kerja pembaikan masalah kebocoran.

    Berdasar siasatan bomba, pihak kontraktor tidak mengetahui 'cladding' atau panel tambahan pada bangunan itu dibuat daripada 'polystrene foam'.  -AstroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Terlalu Berjimat Hingga Abaikan Keselamatan - Noh Omar "