• Jangan Salah Guna Bantuan Persekolahan Anak

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    DEBAK: Bantuan khas awal persekolahan adalah bukti keikhlasan dan keprihatinan kerajaan terhadap sektor pendidikan di negara ini, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam.

    "Pemberitan ini harus diterima dengan hati yang ikhlas agar rezeki yang dinikmati menjadi berkat," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, bantuan yang disalurkan adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa untuk membeli barangan keperluan sekolah anak masing-masing.

    "Oleh itu, saya berharap bantuan seperti ini tidak disalahgunakan sebaliknya dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa bagi memastikan keperluan anak-anak di sekolah dapat dilengkapkan.

    "Anak-anak adalah aset paling berharga dan perlu diingatkan, pelaburan untuk pendidikan bukannya satu bebanan atau liabiliti," ujarnya.

    Tambah Razi, terdapat banyak bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan dan semua itu tidak akan dapat dinikmati sekiranya negara tidak aman dan makmur seperti sekarang.

    Seramai 996 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas telah menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan yang berjumlah RM100 setiap seorang.
  • No Comment to " Jangan Salah Guna Bantuan Persekolahan Anak "