• 'Jangan Jadi Seperti Syria, Iraq'

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, meminta masyarakat tidak mencetuskan ketegangan terutama menjelang musim pilihan raya umum akan datang.

    Beliau berkata, isu yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum perlu dihentikan daripada diperbesarkan bagi menjaga perasaan rakyat di negara ini.

    "Isu yang boleh membangkitkan ketegangan, kalau boleh cuba elakkan pada masa ini kerana sekarang ini boleh dikatakan musim pilihan raya.

    "Segala perbuatan dan kata perlulah berpada-pada. Semua masyarakat perlu berhati-hati supaya perbuatan mereka nanti tidak menghangatkan lagi suasana sekarang ini," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

    Mohamad Shukri berkata, masyarakat perlu mencari pendekatan yang harmoni bukan yang menambahkan lagi ketegangan.

    "Kita tidak mahu negara ini menjadi seperti Syria and Iraq yang sentiasa bergolak.

    "Masyarakat kita perlu hidup bersatu-padu, harmoni dan saling hormat-menghormati, tidak kira masa, ketika dan juga suasana pada masa ini," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 'Jangan Jadi Seperti Syria, Iraq' "